Fungsi Biro-Biro Persatuan Komuniti DC2 (2024)

1. Biro Keselamatan

Bertanggungjawab mengurus aspek keselamatan komuniti termasuk rondaan berkala dan pemantauan akses masuk ke kawasan perumahan. Biro ini akan mengenal pasti isu-isu keselamatan yang memerlukan perhatian segera serta bertindak sebagai penghubung antara persatuan dengan syarikat keselamatan yang dilantik.

2. Biro Infrastruktur & Alam Sekitar

Merancang dan menyelia penyelenggaraan serta penambahbaikan kemudahan infrastruktur seperti pondok kawalan, kabin, pagar anti-panjat, CCTV, lampu solar dan taman permainan. Biro ini juga memainkan peranan dalam penjagaan kebersihan dan kehijauan persekitaran melalui kempen seperti Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle), serta inisiatif kebun komuniti bagi memastikan kawasan kediaman kekal indah dan lestari.

3. Biro Sukan & Kebajikan

Mengatur dan melaksanakan aktiviti sukan berkala bagi semua lapisan komuniti, selain merancang program kebajikan seperti bantuan awal persekolahan dan pengumpulan pakaian seragam terpakai. Biro ini juga menyasarkan penganjuran pertandingan atau kejohanan antara lorong bagi menggalakkan penyertaan dan semangat kejiranan.

4. Biro Komunikasi & Perhubungan Awam

Menjalin hubungan dengan agensi luar bagi tujuan mendapatkan geran, dana atau sumbangan demi manfaat komuniti. Biro ini juga bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat melalui infografik, media sosial dan laman sesawang rasmi persatuan, serta merancang aktiviti yang mampu menjana ekonomi setempat.

5. Biro Hal Ehwal Wanita

Memfokuskan kepada hal ehwal dan kebajikan wanita dalam komuniti, termasuk penganjuran program sosial, keagamaan dan keusahawanan yang dapat mempereratkan hubungan serta memberi nilai tambah kepada kehidupan wanita, terutamanya para ibu dan suri rumah.

6. Biro Pembangunan Modal Insan

Menyediakan pelan latihan dan pembangunan komuniti yang menyeluruh merangkumi semua peringkat umur. Ini termasuk bengkel kemahiran hidup, program pembangunan diri, kelas tuisyen akademik, kelas mengaji dan lain-lain aktiviti yang dapat memperkasakan penduduk dari segi intelek, sahsiah dan kepimpinan.