Pengenalan
Persatuan memahami bahawa acara seperti kenduri, sambutan keagamaan, majlis perkahwinan atau perjumpaan keluarga merupakan sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat. Garis panduan ini bukan bertujuan untuk menyekat, tetapi untuk membantu penganjur menjalankan majlis dengan lebih teratur, sambil menghormati jiran tetangga dan menjaga keharmonian komuniti.


๐Ÿ“ Sebelum Acara

  1. Maklum dan minta izin secara peribadi dengan jiran bersebelahan dan bertentangan sebagai tanda hormat.
  2. Maklumkan kepada pihak Persatuan jika acara melibatkan penutupan jalan atau penggunaan pagar kecil di Jalan 2/11, 2/15 dan 2/17 untuk laluan tetamu yang parkir di luar pagar.
  3. Permit khemah sementara (pilihan) untuk acara perkahwinan, keraian dan keagamaan boleh dimohon melalui laman web MPKS:
    ๐Ÿ”— https://ip3ks.mpks.gov.my

๐Ÿ› ๏ธ Persiapan & Kelengkapan

  1. Khemah hanya boleh dipasang sehari sebelum acara, dan mesti dikemas sehari selepas acara tamat.
  2. Meja dan kerusi hanya dibenarkan dipasang pada hari acara sahaja.
  3. Sistem bunyi hendaklah dikawal pada paras munasabah, dan muzik atau bunyi kuat tidak digalakkan selepas pukul 10 malam.
  4. Minuman beralkohol, bagi yang bukan beragama Islam, dibenarkan di dalam kawasan rumah sahaja.

๐Ÿš— Tetamu & Parkir

  1. Semua tetamu WAJIB mendaftar masuk dengan pengawal keselamatan seperti SOP biasa.
  2. Kenderaan tetamu tidak boleh menghalang laluan kecemasan, laluan tengah di tepi rumah dan pintu pagar rumah lain.
  3. Jika jangkaan jumlah tetamu melebihi 500 orang, tuan rumah digalakkan untuk mengupah anggota RELA bagi mengawal lalu lintas, parkir di dalam dan luar kawasan pagar.

๐Ÿงฝ Selepas Acara

  1. Pastikan kebersihan kawasan dijaga dan semua sisa majlis dibersihkan dalam tempoh 24 jam.
  2. Meja dan kerusi perlu diketepikan atau dikemas segera selepas acara selesai.
  3. Tuan rumah bertanggungjawab atas tingkah laku tetamu dan sebarang kerosakan kepada harta awam atau jiran.

๐Ÿ“ž Saluran Aduan

  • Aduan mengenai gangguan bunyi bising boleh diajukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Isu berkaitan permit, lalu lintas atau sampah boleh dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).