Pengenalan
Persatuan Komuniti DC2 terbuka kepada semua yang tinggal di kawasan Taman Desa Coalfields 2 — sama ada pemilik atau penyewa, guru, penjaga, dan komuniti yang terlibat secara aktif dengan aktiviti setempat.
Halaman ini memperkenalkan kategori keahlian yang wujud dalam persatuan serta hak dan peranan setiap ahli. Keahlian ini diwujudkan bukan sekadar untuk mendaftar nama, tetapi sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan aktif, memupuk rasa tanggungjawab bersama, dan menguatkan semangat kejiranan dalam komuniti kita.
Sertai kami sebagai ahli — kerana komuniti yang kuat bermula dengan penyertaan dan kerjasama anda.
Kelulusan Keahlian Bersekutu
Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bertarikh 22 Februari 2025, Persatuan Komuniti DC2 (2024) telah secara rasmi meluluskan penambahan kategori baharu keahlian iaitu Ahli Bersekutu.
Kategori ini diwujudkan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan komuniti yang terlibat secara tidak langsung dengan penduduk tetap, seperti guru-guru KAFA, ibu bapa dan penjaga murid tadika, serta pengasuh yang beroperasi dalam kawasan DC2.
Ahli Bersekutu layak menggunakan semua kemudahan dan menyertai aktiviti persatuan, namun tidak mempunyai hak untuk mengundi atau memegang jawatan dalam jawatankuasa.
