Keahlian: Ahli Biasa
Fasal 4 – Perlembagaan Persatuan Komuniti DC2 (2024)
Syarat & Kelayakan Keahlian
Keahlian sebagai Ahli Biasa adalah terbuka kepada individu yang memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara:
Warganegara Malaysia sahaja. - Umur:
Berumur 18 tahun dan ke atas. - Tempat Tinggal:
Bermastautin atau menetap di Selangor, khususnya di kawasan Taman Desa Coalfields 2 (DC2), Desa Coalfields, Sungai Buloh. - Status Penduduk:
Terbuka kepada pemilik rumah dan penyewa di DC2. - Kawasan Liputan Keahlian:
Kawasan yang layak untuk keahlian termasuk penduduk dari jalan-jalan berikut:- Jalan DC 2/1
- Jalan DC 2/2
- Jalan DC 2/3
- Jalan DC 2/4
- Jalan DC 2/5
- Jalan DC 2/7
- Jalan DC 2/9
- Jalan DC 2/11
- Jalan DC 2/13
- Jalan DC 2/15
- Jalan DC 2/17
- Bangsa, Jantina & Agama:
Terbuka kepada semua keturunan, bangsa, jantina dan agama tanpa sebarang diskriminasi.
Hak Ahli Biasa
✔ Menyertai semua program, aktiviti dan mesyuarat yang dianjurkan persatuan.
✔ Memberi cadangan atau maklum balas demi kebaikan komuniti.
✔ Mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung jika memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan perlembagaan.
Cara Menjadi Ahli
Untuk menjadi Ahli Biasa, anda hanya perlu:
- Mengisi borang keahlian yang disediakan.
- Menyediakan bukti alamat (bil utiliti/Surat Perjanjian Sewa atau Geran Rumah).
- Membayar yuran keahlian seperti ditetapkan.
Pautan
Borang Keahlian
Pembayaran
