OBJEKTIF PENUBUHAN
Tujuan Persatuan Komuniti DC2 (2024) ditubuhkan adalah seperti berikut:
- Menjadi Pengantara Komuniti
Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak pemaju dan pihak berkuasa berkaitan dalam menyuarakan isu-isu serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh komuniti setempat. - Menggalakkan Interaksi Sosial dan Gaya Hidup Sihat
Menggalakkan interaksi sosial dan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti sosial dan rekreasi seperti zumba, bola sepak, badminton, perkhemahan, berbasikal, permainan papan dan permainan tradisional. Persatuan turut akan bekerjasama dengan kelab sukan, NGO, dan komuniti tempatan bagi memastikan penglibatan yang luas. - Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Infrastruktur
Menyumbang ke arah peningkatan dan penyelenggaraan infrastruktur perumahan seperti jalan raya, taman permainan, pondok bas, pintu masuk/keluar dan kemudahan awam lain, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan. - Menggalakkan Penglibatan Aktif Penduduk
Menggalakkan penglibatan aktif penduduk dalam semua kegiatan persatuan dan komuniti seperti mesyuarat, program kemasyarakatan dan aktiviti sukarela demi memupuk rasa tanggungjawab bersama dan semangat kejiranan. - Penganjuran Program Pendidikan dan Kemahiran
Menganjurkan pelbagai program pendidikan yang merangkumi kelas komputer, seminar keselamatan, dan ceramah kesihatan, dengan kerjasama institusi pendidikan, pakar industri dan agensi berkaitan demi peningkatan ilmu dan kemahiran penduduk. - Pemeliharaan Budaya dan Tradisi
Memelihara serta mempromosikan tradisi dan budaya komuniti melalui sambutan perayaan, festival budaya dan aktiviti kesenian. Program kesedaran budaya dan pendidikan juga akan dijalankan bagi menanamkan rasa cinta terhadap warisan tempatan. - Pembangunan Semangat Kejiranan dan Kebajikan
Mewujudkan dan memperkukuhkan kerjasama antara ahli komuniti melalui pelaksanaan program kebajikan yang memberi manfaat terus kepada penduduk, seperti bantuan kecemasan kewangan, keperluan asas dan perkhidmatan sokongan.
VISI
Mewujudkan komuniti yang bersatu, progresif, selamat dan sejahtera menerusi pentadbiran yang cekap, penglibatan aktif penduduk, serta pemerkasaan nilai kejiranan dan kebajikan.
MISI
- Menjadi suara rasmi komuniti dalam menyuarakan isu dan cadangan kepada pihak berkuasa.
- Meningkatkan taraf hidup dan kemudahan infrastruktur melalui kerjasama strategik.
- Menyemarakkan semangat kejiranan melalui aktiviti sosial, kebajikan dan kesukarelawanan.
- Menggunakan teknologi terkini untuk memperkemas pentadbiran dan pengurusan komuniti.
- Melestarikan warisan budaya dan membina masyarakat yang inklusif serta harmoni.
- Menyediakan platform pembelajaran dan peningkatan kemahiran untuk semua lapisan komuniti.
