
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Dukacita dimaklumkan bahawa ibu mertua kepada Encik Nor Fazley Mohd Ali (25, 2/17) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sungai Buloh lebih kurang 11.40 pagi tadi. Kami di pihak persatuan ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai atas kehilangan ini.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mari kita sama-sama doakan agar keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
