Pemeriksaan Bekalan Elektrik di Pondok Pengawal

Pada 7 Mac 2025, pemeriksaan bekalan elektrik telah dijalankan di pondok pengawal. Pemeriksaan ini dilakukan susulan penerimaan semula cut-out yang sebelum ini telah dicabut sebagai langkah keselamatan kerana tiada pengawal bertugas serta bagi mengelakkan penyalahgunaan tenaga elektrik.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa:

  • Sambungan TNB masih aktif dan belum dipotong.
  • Beberapa perkakas elektrik masih berfungsi.
  • Terdapat juga beberapa komponen yang perlu diganti atau dibaiki bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi.

Tindakan lanjut sedang dirancang bagi memastikan kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya apabila kawalan keselamatan disambung semula.