



Perjumpaan ini diadakan pada 27 Februari 2024 (10 malam) di Restoran Dekjoe. Team Support DC2 diwakili oleh Sdr. Yunus, Sdr. Bob, Sdr. Rizal, Sdr. Faizul, Sdr. Roslan, Sdr. Faiz dan Sdr. Ahmad.
Pelbagai isu telah dibincangkan dalam suasana santai tetapi bermakna. Cikgu Norman turut berkongsi pandangan dan nasihat yang sangat berguna sebagai panduan untuk Team Support.
Terima kasih diucapkan atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi ilmu. Semoga pertemuan ini membawa manfaat dan memperkukuh kerjasama sesama komuniti kita.
