Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
RESOLUSI AGM DC2 2026 KALI KE-2
Alhamdulillah, AGM DC2 ke-2 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang hadir.
Keahlian Ahli Bersekutu:
- Tiada usul diterima sehingga saat ini dan tiada kehadiran walau seorang pun Ahli Bersekutu.
- Setiausaha mengusulkan untuk mengurangkan yuran tahunan daripada RM30. Usul tidak dipersetujui.
- Setiausaha seterusnya mengusulkan untuk membenarkan Ahli Bersekutu mengundi bagi sebarang usul berkaitan mereka. Usul juga tidak dipersetujui.
Keahlian Ahli Biasa, mesyuarat bersetuju dengan ketetapan-ketetapan berikut:-
- Kenaikan yuran bulanan dari RM45 ke RM50 berkuatkuasa Jun 2026.
- Sejumlah RM50,000 akan dimasukkan ke Fixed Deposit untuk mendapat pulangan tetap dan selamat.
- Projek naiktaraf pondok bas dan kabin.
- Memulakan projek naiktaraf pagar di Jalan 2/17 di bahagian tengah, lengkap pintu kecil, CCTV, tangga dan paved walkway.
- Laluan ‘tikus’ melalui jambatan di hadapan lot kedai, Persatuan serahkan sepenuhnya kepada tindakan pihak berkuasa .
- Pengosongan sepenuhnya kawasan pagar baru 2/15 atas dasar keselamatan.
- Laluan masuk/keluar di GH dirujuk sebagai Pintu A, manakala pagar baru 2/15 dirujuk sebagai Pintu B.
- Aduan berkenaan kereta terbiar dipanjangkan kepada MPKS.
Keputusan penuh dan terperinci akan disediakan melalui minit mesyuarat yang akan diedarkan dalam tempoh 2 minggu.
Keputusan mesyuarat boleh dicabar melalui Mesyuarat Agung Khas (EGM) mengikut ketetapan berikut:
- Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya;
- Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiusaha Pertubuhan; dan
- Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
Sekian, terima kasih.
“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”
Persatuan Komuniti DC2 (2024)
