DC2 RFID Pilot Project

Persatuan Komuniti DC2 (2024) akan melaksanakan DC2 RFID Pilot Project sebagai usaha memperkenalkan penggunaan sticker RFID bagi memudahkan akses keluar masuk ahli persatuan melalui palang boomgate laluan AHLI/MEMBER. Untuk sistem baru ini, kita akan menggunakan pelekat RFID, oleh itu kad PEDUA yang lama tidak akan digunakan lagi.

TEMPOH PERALIHAN

Projek rintis ini akan berjalan sebagai tempoh peralihan selama 3 bulan, bermula pada 1 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024. Dalam tempoh ini, ahli akan beralih daripada penggunaan sticker member kepada sticker RFID sepenuhnya.

Bermula 1 Januari 2025 kenderaan dengan pelekat member yang melalui laluan pelawat perlu menunjuk resit bayaran bulan terkini kepada pengawal bertugas. Jika gagal menunjukkan resit atau resit yang ditunjukkan bukan resit bulan terkini, anda perlu mendaftar masuk seperti pelawat lain kerana keistimewaan anda sebagai ahli persatuan telah tergantung.

Pelekat member akan digunakan jika laluan member ditutup sementara untuk kerja pembaikan atau maintenance dengan SOP sebelum penggunaan RFID.

SYARAT-SYARAT

  • Telah menyelesaikan pembayaran pendaftaran ahli dan yuran bulanan sekurang-kurangnya sehingga Oktober 2024.
  • Tiada sebarang tunggakan.
  • Kenderaan telah berpelekat member.

HARGA PELEKAT RFID

  1. Pelekat RFID pertama: RM15 (setelah disubsidi RM10)
  2. Pelekat kedua dan seterusnya: RM25 setiap keping
  3. Hilang/Ganti/Rosak: RM25 setiap keping

Untuk mendaftar dalam projek ini, sila isi borang melalui pautan di bawah:

👉 https://forms.gle/34as2bdvgNLpNAA26

KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.

Persatuan Komuniti DC2