Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pihak Persatuan dengan sukacitanya mengumumkan kaedah terkini pembayaran yuran bulanan bagi tahun 2024 yang lebih mudah dan efisien melalui platform pembayaran HerePay.
Kelebihan:
- Setelah pembayaran berjaya, anda dan admin akan menerima email pengesahan dan resit serta merta secara automatik.
- Anda sudah tidak perlu lagi menghantar resit kepada admin dan menunggu beberapa tempoh (terkadang terlajak ke beberapa hari) untuk resit dikeluarkan.
- Mengurangkan kerja pentadbiran yang leceh dengan mengelakkan keperluan untuk membuat cross-check yang berulang di beberapa platform bagi setiap pembayaran.
- Caj servis platform HerePay serendah 70 sen yang tidak membebankan penduduk.
CARA PEMBAYARAN
Anda boleh melakukan pembayaran melalui pautan berikut:
👉 https://app.herepay.org/kdc2/ 👈
Maklumat Penting:
- Pilih bulan yang belum dibayar sahaja. Untuk semakan rekod pembayaran sebelum ini, klik: Rekod Pembayaran
- Jika anda ingin menambah dana infra, tambah kuantiti di ruangan item “Infrastructure Fund Contribution”.
Nota Tambahan:
- Anda juga secara PILIHAN (OPTIONAL), boleh menyumbang di bahagian “Tips” untuk menampung kos operasi HerePay. Tips ini akan dikongsi 50:50 antara Persatuan & HerePay.
- Boleh klik “I don’t want to contribute…” jika tidak berhasrat untuk memberikan tips.
Kami menggalakkan semua penduduk untuk menggunakan kaedah pembayaran terbaru ini bagi memastikan kelancaran proses pengurusan persatuan.
Kepada yang telah membuat pembayaran untuk bulan November sebelum pengumuman ini dikeluarkan, jangan risau, bayaran anda akan diproses seperti biasa.
Jika anda menghadapi sebarang kesulitan semasa menggunakan platform ini, sila kongsikan pengalaman anda kepada kami untuk penambahbaikan.
“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”
Sekian untuk kali ini, terima kasih atas kerjasama anda.
Persatuan Komuniti DC2 (2024)
