Penyegeraan Peralihan Ke Sistem RFID Sepenuhnya

Dengan hormatnya dimaklumkan, pihak Persatuan telah memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan sistem RFID bagi akses masuk ke DC2.

Tarikh Terkini Pelaksanaan RFID Sepenuhnya:
👉 1 Disember 2024 👈
(Tarikh asal: 1 Januari 2025)

Implikasi Pelaksanaan RFID Sepenuhnya:-

  1. Kereta berpelekat ahli tanpa RFID yang menggunakan laluan pelawat akan diperiksa.
  2. Perlu tunjukkan resit bayaran bulan semasa untuk dibenarkan masuk tanpa perlu mendaftar.
  3. Yang tiada resit atau tunjukkan resit bulan dahulu perlu mendaftar sebelum dibenarkan masuk.

‼️Peringatan & Tarikh² Penting‼️

  • Cut-off date untuk bayaran bulanan bulan semasa adalah pada setiap 10hb.
  • Bermula setiap 11hb, peringatan akan diberikan jika belum melakukan pembayaran.
  • Bayaran untuk bulan seterusnya bermula pada setiap 20hb.
  • Akses RFID akan dipotong bermula setiap 24hb bagi yang masih belum melakukan bayaran. Peringatan akan dihantar sekali lagi sebelum pemotongan dibuat.
  • Untuk menyambung semula servis RFID, bayaran bulanan yang tertunggak dan bulan seterusnya perlu dilakukan beserta denda RM10. Tempoh penyambungan semula adalah 7 hari bekerja.
  • Kadar denda penyambungan semula ini akan meningkat ke Rm30 untuk setiap penyambungan semula setelah 3 kali pemotongan dilakukan kepada unit berkenaan.

‼️Maklumat Mengenai RFID‼️

  1. Pemasangan akan dilakukan 1 atau 2 kali seminggu.
  2. Slot akan dibuka dari masa ke semasa di group Komuniti.
  3. Belum mendaftar? Daftar di sini: https://bit.ly/RFID-registration
  4. Pembayaran pelekat RFID di sini: https://app.herepay.org/kdc2

Fokus utama persatuan dalam aspek keselamatan buat masa ini adalah memperkukuhkan perimeter sekeliling DC2 dan memasang lampu solar di lorong belakang yang gelap. Kos keseluruhan untuk kedua-dua projek ini terlalu tinggi, jadi perlaksanaannya akan dibuat secara berfasa mengikut jumlah dana yang berjaya dikumpul.

Oleh itu, kami menggalakkan semua ahli untuk memastikan bayaran bulanan diselesaikan mengikut jadual. Hasil kutipan yang tinggi dan konsisten akan membantu mempercepatkan pelaksanaan perancangan dan meningkatkan lagi keselamatan serta kualiti hidup komuniti kita.

Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua penduduk yang berterusan. Mari kita terus bekerja bersama untuk membina komuniti yang selamat, harmoni, dan bersatu.

“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”

Sekian, terima kasih.

Persatuan Komuniti DC2 (2024)