


Pada 15 Mac 2024, flyers telah siap dicetak hasil daripada sumbangan dan kutipan dana oleh ahli Team Support. Terima kasih diucapkan atas komitmen dan usaha semua pihak yang terlibat. Flyers ini akan mula diagihkan kepada semua penduduk dalam masa terdekat.
Tujuan utama edaran flyers ini adalah untuk:
- Menggalakkan penglibatan aktif penduduk dalam program komuniti.
- Memaklumkan inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan setakat ini.
- Menyebarkan maklumat QR code kumpulan komuniti bagi mengumpulkan lebih ramai ahli dan mengukuhkan jaringan komunikasi.
Sokongan anda semua amatlah dihargai demi kesejahteraan dan kebersamaan komuniti kita.
