Perjumpaan Team Support: Pemuktamadan Isu Pembayaran Penduduk

Pada 16 Mac 2024, satu perjumpaan telah diadakan bersama Team Support sebagai sesi terakhir untuk memuktamadkan hal-hal berkaitan pembayaran menjelang pelaksanaan Projek 7 Hari.

Antara yang dibincangkan termasuk:

  • Penyelarasan cara kutipan dan agihan bajet.
  • Penyediaan resit dan rekod sumbangan yang kemas.
  • Tindakan akhir sebelum pengumuman rasmi dibuat kepada penduduk.

Perjumpaan ini penting untuk memastikan segala urusan kewangan dan pelaporan dibuat secara telus dan tersusun, selaras dengan prinsip pengurusan komuniti yang bertanggungjawab.

Terima kasih kepada semua ahli Team Support atas kesungguhan dan dedikasi dalam memastikan projek ini bergerak lancar dari semua aspek, termasuk kewangan.