Langkah Terancang Menuju Projek 7 Hari

Pada 19 Mac 2024, satu lagi perjumpaan telah diadakan oleh Team Support sebagai susulan kepada pertemuan sebelum ini. Disebabkan kemajuan Projek 7 Hari yang bergerak dengan sangat pantas, pasukan mengambil inisiatif untuk “sit back and regroup” – menyemak kemajuan semasa dan merancang tindakan seterusnya dengan lebih teratur.

Fokus utama perjumpaan ini adalah untuk:

  • Mengumpulkan kemas kini terkini daripada setiap unit kerja.
  • Menilai perkembangan sebenar di lapangan.
  • Merangka strategi baharu yang lebih tersusun bagi fasa seterusnya projek.

Pendekatan ini penting bagi memastikan semua gerak kerja kekal selaras, tidak bertindih dan kekal dalam hala tuju yang telah dipersetujui bersama.

Syabas kepada Team Support atas semangat dan komitmen luar biasa!

p/s: Murtabak sedap!