Pemasangan Lampu Kelip-Kelip di Guard House

Pada 18 Mac 2024, lampu liplap sempena Hari Raya telah dipasang di pondok pengawal oleh Team Support bagi memeriahkan suasana dan menceriakan kawasan komuniti menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Dalam masa yang sama, kerja-kerja penyediaan resit rasmi bagi pembayaran penduduk turut dijalankan oleh pasukan yang bertugas. Ini bertujuan memastikan semua sumbangan dan bayaran direkodkan dengan teratur dan telus.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong usaha memperindah serta mengurus komuniti dengan lebih sistematik.