Pengumuman Persatuan Penduduk Jalan DC2 (PEDUA)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk DC2,
Berdasarkan survey yang telah kita jalankan, majoriti penduduk bersetuju untuk mengadakan perkhidmatan kawalan keselamatan sementara sepanjang tempoh cuti Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang. Kami ingin memaklumkan beberapa keputusan yang telah dibuat:
Tarikh Perkhidmatan: 8 April 2024 (Isnin) hingga 14 April 2024 (Ahad)
Tempoh: 7 Hari
Bayaran: RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
Cara Pembayaran:
Pembayaran hendaklah dilakukan secara online SAHAJA ke akaun Bank Islam PEDUA seperti berikut:
No. Akaun: 1216 8010 0048 74 (Bank Islam)
atas nama Persatuan Penduduk Jalan DC2 (PEDUA)
❌ Tiada pembayaran tunai
❌ Tiada pembayaran ke akaun peribadi
Tempoh Pembayaran:
Pembayaran boleh dibuat bermula jam 00:00, 18 Mac 2024 hingga sebelum 00:00, 7 April 2024.
Pengesahan Pembayaran:
Hantar bukti pembayaran ke Admin PEDUA melalui WhatsApp di link berikut:
https://www.wasap.my/+601162130966/bayaran
Sila sertakan maklumat anda:-
Nama:
No Rumah:
Jalan DC: 2/__
Resit pembayaran akan diproses dan disediakan dalam bentuk digital dalam tempoh 24 jam.
Kami berhasrat untuk menjadikan inisiatif ini sebagai rancangan jangka panjang dengan menjadikan kawalan keselamatan ini tetap (permanent) berdasarkan sambutan penduduk dan keberhasilan rancangan ini. Sebagai langkah awal, kami telah membaiki pendawaian dan lampu di guard house, dan mulai malam ini, lampu akan dinyalakan.
Untuk sebarang soalan atau maklum balas, sila hubungi Admin PEDUA melalui WhatsApp:
https://www.wasap.my/+601162130966/admin
Terima Kasih.
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Jalan DC2 (PEDUA)
