Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perkara: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DC2 2026
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Komuniti DC2 yang kedua akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Ibnu Sina, KAFA DC2
1) Agenda Mesyuarat:-
- Laporan 2025 (Aktiviti & Kewangan)
- Lantikan kekosongan AJK
- Perancangan aktiviti 2026
- Perbincangan Usul-Usul
Agenda penuh:
👉 https://bit.ly/agenda-agm2026
2) Ada usul yang mahu dibincangkan? Utarakannya di sini:
👉 https://forms.gle/xqekX98XdMUisjdX9
👉 Tarikh tutup: 1 Februari 2026
3) Penyertaan penduduk sebagai AJK khususnya wanita serta kaum Cina dan India amatlah dialu-alukan. Jom tawarkan diri:
👉 https://forms.gle/92VUKtaXgmCAzJyi6
Semua ahli persatuan digalakkan hadir bagi memastikan tadbir urus persatuan lancar dan telus. Kerjasama semua amatlah kami dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
AHMAD MUHAJIR BIN ROSLI
Setiausaha
Persatuan Komuniti DC2
