Update: Gotong-Royong Perdana – Terakhir bagi tahun 2025!

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Alhamdulillah, gotong-royong pagi tadi telah selesai dengan kehadiran yang agak memberangsangkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan ๐Ÿ‘

Walaupun kehadiran kaum ibu tidak mencukupi, kami merakamkan setinggi2 penghargaan kepada yang hadir memberi sokongan. Boleh share gambar2 yang sempat ambil tadi ye. Lain kali kita cuba buat balik ๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah, CCTV di 2/17 dan pagar KAFA 2/9 juga sempat dipasang tengahari tadi sebelum balik ๐Ÿ’ช

Seterusnya, Persatuan bercadang untuk menganjurkan santai2 badminton sebelum hujung tahun ini. Maaf tahun ni tak sempat organize apa2 aktiviti, jadi kita cuba start dengan badminton dulu ye. Harap dapat sambutan ๐Ÿ˜

Sekian, terima kasih.

“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”

Persatuan Komuniti DC2 (2024)