Penguatkuasaan: Hormati Prosedur, Hargai Petugas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Persatuan ingin mengingatkan semula bahawa sistem RFID kini dikuatkuasakan sepenuhnya di laluan keluar dan masuk.

Kenderaan dengan pelekat ahli tetapi tanpa pelekat RFID yang menggunakan LALUAN PELAWAT perlu melalui prosedur semakan oleh pengawal.

Langkah ini dilaksanakan kerana terdapat penduduk yang tidak meneruskan bayaran bulanan selepas menerima pelekat ahli. Maka, prosedur semakan ini penting demi keadilan kepada penduduk lain yang membuat bayaran.

Jika bayaran anda teratur tetapi belum memasang RFID:-

📄 Jika diminta untuk tunjuk resit:

  • Mohon berkerjasama dengan menunjukkan resit bayaran bulan terkini untuk semakan ringkas.
  • Jika tiada bayaran, sila patuhi prosedur yang ditetapkan.

Pihak Persatuan juga ingin meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir individu yang bersikap kasar, berbahasa kesat, enggan bekerjasama dan membunyikan hon mendesak palang dibuka.

Kami ingatkan pengawal keselamatan hanya menjalankan tugas berdasarkan arahan Persatuan. Mereka adalah penjaga keselamatan kita bersama, bukannya sasaran kemarahan.

Kami mohon kerjasama semua dan maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kami juga amat menghargai segala aduan dan teguran untuk penambahbaikan.

“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”

Persatuan Komuniti DC2 (2024)