Laluan Visitor / Pelawat

Kita dah hampir setahun guna sistem fully RFID, jadi Laluan Pelawat hanya untuk pelawat dan penduduk yang masih gunakan laluan Pelawat perlu melalui SOP pelawat. Kami juga telah arahkan guard supaya “buat-buat tak kenal muka” — semua kena ikut prosedur.

SOP Laluan Pelawat
👉 Guard akan minta lesen memandu untuk semakan.
👉 Jika anda telah membuat bayaran terkini, tunjukkan saja resit bayaran bulan terkini — tiada masalah, terus boleh masuk.
👉 Tapi kalau belum buat bayaran, jangan pula marah bila guard minta lesen. Itu memang prosedur keselamatan.

💬 Kenapa kami buat macam ni?

  • Sebab ini cara paling berkesan untuk kawal kutipan dan PASTIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA YANG MEMBAYAR.
  • Kalau tiada kawalan, persatuan pun takkan dapat berfungsi dengan baik.
  • Persatuan cuba bantu untuk kebaikan semua — jadi janganlah pula marah bila kami laksanakan peraturan.

Kami sedar pasti akan ada kelemahan atau salah faham di sana sini. Kami pun manusia biasa, tapi niat kami tetap sama — nak pastikan komuniti ni teratur dan selamat untuk semua 🙏

💬 Ringkasnya:
✅ Bayar — mudah masuk.
✅✅ Pakai RFID — lagi mudah masuk.
❌ Tak bayar — tak halang masuk, tapi ikutlah SOP.

Jadi, pastikan bayaran bulanan anda tidak tertunggak. Bayar di sini: https://app.herepay.org/kdc2/2025-fees

Kalau bayaran bulanan cantik tapi belum pasang RFID, pasanglah segera untuk keselesaan bersama.
1) Link Pembelian: https://app.herepay.org/kdc2/members-stickers
2) Pilih slot pemasangan RFID: https://calendar.app.google/hhGy64JuDFEkXXNy6

Jika ada penduduk yang sudah lama tertunggak tetapi ingin kembali menjadi ahli aktif dan menggunakan kemudahan RFID, sila hubungi Admin ya.

“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”

Persatuan Komuniti DC2 (2024)