Kami menerima maklum balas mengenai pemasangan speedbump berganda yang dikatakan menyukarkan laluan.
Untuk penjelasan, langkah ini dibuat selepas menerima aduan dan pemerhatian berterusan kami mendapati:
- Kenderaan dibawa laju tanpa memastikan laluan di simpang benar-benar selamat.
- Motosikal memecut dan tidak berhenti apabila diarahkan oleh pengawal keselamatan.
- Motosikal terlajak laju hingga melanggar GI conduit cable.
- Pengawal keselamatan juga berkali-kali hampir dilanggar semasa bertugas.
Sebelum ini, kami mulakan dengan speedbump kecil di laluan motosikal, namun hampir tiada kesan. Selepas speedbump baharu dipasang, barulah kenderaan memperlahankan kelajuan.
RFID Dibuka Untuk Semua Jenis Kenderaan
Oleh itu sejurus pemasangan speedbump baharu selesai pada 1.30 pagi, 7 September 2025, Persatuan telah tetapkan pemasangan RFID telah dibuka kepada semua jenis motosikal melalui hebahan pada hari yang sama ๐ ๏ธ
๐ Pembelian RFID:
https://app.herepay.org/kdc2/members-stickers
๐
Tempahan Slot Pemasangan RFID:
https://calendar.app.google/hhGy64JuDFEkXXNy6
Terima kasih atas kefahaman dan kerjasama semua.
“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”
Persatuan Komuniti DC2 (2024)
