Pemasangan Flexible Pole & Pembersihan Laluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah! Kerja-kerja yang dilakukan hari ini:-
1️⃣ Flexible pole simpang 2/9 (hadapan KAFA)
2️⃣ Bersihkan laluan siar kaki di hadapan GH

Semoga kerja-kerja ini dapat meningkatkan kebersihan dan keselamatan bersama 🤲

Terima kasih juga diucapkan kepada yang berkelapangan untuk turun membantu 💪

MAKLUMAN BERKENAAN MPKS

  1. Aduan mengenai papan tanda telah diambil tindakan. Beberapa papan tanda yang uzur telah digantikan dengan yang baru.
  2. Permohonan speed bump di beberapa lokasi sekitar DC2 masih pending.

PERHATIAN‼️
Mohon tidak meletakkan kenderaan di simpang jalan utama demi keselamatan dan kelancaran lalu lintas

Sekian, terima kasih.

KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH

Persatuan Komuniti DC2 (2024)