Sukacita dimaklumkan bahawa Pembaharuan Keahlian kini dibuka.
Bagi sesi kali ini, keahlian akan diperbaharui untuk tempoh dua (2) tahun, iaitu bagi sesi 2026/2027 .
Sehubungan itu, semua Pelekat Ahli 2024/2025 bagi kenderaan sedia ada perlu digantikan dengan pelekat baharu untuk sesi 2026/2027.
Ahli yang telah menjelaskan yuran sehingga Disember 2025 dijemput untuk Perbaharui Keahlian di sini:
👉 https://app.herepay.org/kdc2/member-2026 👈
Bayaran bulanan dibuka hingga Mac 2026 sahaja bagi memberi ruang kepada AGM sekitar Februari 2026 nanti, beberapa usul penting perlu diputuskan.
⚠️ Jangkaan Awal Peningkatan Kos Keselamatan ⚠️
Kontrak syarikat keselamatan akan tamat penghujung Ogos 2026.
Kadar semasa RM8.30/jam = RM13,123.30/bulan (termasuk SST) berkemungkinan besar tidak dapat dikekalkan.
Berdasarkan tinjauan semasa, kadar pasaran terendah adalah sekitar RM9.50/jam = RM15,020.64/bulan.
➡️ anggaran kenaikan sekitar RM2,000 sebulan ini pastinya akan memberi impak besar ‼️
Oleh itu, semua ahli diseru untuk menilai perkara ini dengan terbuka dan rasional demi kebaikan bersama.
Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua 💙
“KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”
Persatuan Komuniti DC2 (2024)
