Perubahan Penting DC2 2026/2027: Pelekat Kereta, Keahlian & Kos Keselamatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

1. MAKLUMAN RASMI: PEMBERHENTIAN PELEKAT KERETA AHLI 2026/2027

    Penggunaan pelekat kereta ahli bagi tahun 2026/2027 akan DIBERHENTIKAN (DISCONTINUED). Pelekat motosikal pula akan dikekalkan.

    KERETA ❌
    MOTOSIKAL ✅

    Kepada penduduk yang tiada bayaran atau mempunyai tunggakan:

    • Anda tidak dihalang untuk masuk, namun perlulah menunjukkan lesen memandu kepada guard,
    • Lesen di MyJPJ juga diterima.

    Langkah ini diambil bagi menjamin keadilan kepada lebih 80% penduduk yang membuat bayaran serta memastikan pengurusan taman dapat dijalankan dengan baik dan teratur.

    Bagi yang telah membuat bayaran bagi pelekat kereta baharu tambahan, bayaran tersebut akan dikembalikan (refund).

    2. MEMBERSHIP RENEWAL 2026/2027

      Dah bayar Disember 2025? Boleh renew untuk 2026/2027:
      Semak bayaran: https://bit.ly/2025-collections
      Renew di sini: https://app.herepay.org/kdc2/member-2026

      Bayaran bulanan dibuka hingga Mac 2026 sahaja bagi memberi ruang kepada AGM sekitar Februari 2026 nanti, beberapa usul penting perlu diputuskan.

      ⚠️ 3. JANGKAAN AWAL PENINGKATAN KOS KESELAMATAN ⚠️

      Kontrak syarikat keselamatan akan tamat penghujung Ogos 2026. Rate RM8.30/jam + SST = RM13,123.30/bulan.

      Kadar pasaran terendah semasa pula sekitar RM9.50/jam + SST = RM15,020.64/bulan.
      ➡️ anggaran kenaikan sekitar RM2,000 sebulan‼️

      Oleh itu, semua ahli diseru untuk menilai perkara ini dengan objektif dan rasional demi kebaikan bersama.

      Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua 💙

      “KEJIRANAN TEGUH, KOMUNITI KUKUH”

      Persatuan Komuniti DC2 (2024)