Perjumpaan Team Support: Kemaskini Kutipan & Persiapan Projek 7 Hari

Satu lagi perjumpaan telah diadakan pada 23 Mac 2024 oleh Team Support sebagai persediaan lanjut menjelang pelaksanaan Projek 7 Hari yang semakin hampir.

Antara perkara utama yang dibincangkan:

  • Kemaskini jumlah kutipan bayaran dan bilangan rumah terlibat.
  • Perincian pelaksanaan awal berkaitan kerja-kerja infrastruktur di kawasan jalan masuk dan keluar komuniti.

Ada individu telah tampil menaja kerja penurapan jalan (tar premix) manakala ada individu lain menaja kabel dan paip conduit sebagai tanda sokongan. Sebelum penurapan dilakukan, satu laluan akan disediakan terlebih dahulu bagi kabel dan saluran paip sebelum kerja turapan dilakukan untuk penggunaan masa hadapan.

Langkah ini bukan sahaja menambah baik kemudahan fizikal, malah memberikan keyakinan kepada penduduk bahawa usaha Team Support adalah serius, terancang dan menyeluruh menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang serta ahli pasukan atas semangat luar biasa dalam membina komuniti yang lebih selesa dan bersatu.