Persediaan Untuk Kerja Turapan dan Paip Kabel

Sebagai sebahagian daripada persiapan kerja penurapan jalan (tar premix) di laluan masuk dan keluar utama komuniti, kerja-kerja pengukuran tapak telah dijalankan pada 26 Mac 2024.

Penurapan ini merupakan salah satu inisiatif utama menjelang Projek 7 Hari, dan disokong oleh sumbangan pihak yang berbesar hati untuk menaja kos kerja berkenaan. Proses pengukuran ini penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, termasuk perancangan awal untuk laluan kabel dan paip saluran (conduit) sebelum kerja turapan dimulakan.

Kerja penurapan dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat, insya-Allah sebelum cuti Hari Raya, bagi mencantikkan kawasan dan memberikan gambaran positif kepada seluruh penduduk terhadap usaha yang sedang dijalankan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan inisiatif ini.