๐ฃ๐ฃ Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Untuk memastikan penyampaian maklumat yg lebih berkesan kepada penduduk, apabila ada maklumat atau hebahan penting dari admin, kebenaran utk ahli group menulis atau chat di WhatsApp akan di DISABLE oleh admin sementara (antara 1 ke 6 jam) Ini bagi memastikan penduduk dapat membaca dan tidak terlepas pandang setiap mesej yg ingin disampaikan.
Selepas dari tempoh masa tersebut, barulah kebenaran utk chat atau menulis akan dibuka semula.
Sekiranya ada perkara/urusan/makluman penting semasa tempoh ‘Disable’, sila berhubung terus dengan admin untuk admin hantarkan maklumat berkenaan kepada penduduk dalam group komuniti.
Disamping itu, beberapa peraturan atau peringatan akan diumumkan utk menjaga kemaslahatan kita bersama. Sebaiknya janganlah semua perkara dikongsikan dalam group komuniti terutamanya yg menimbulkan sensitiviti kerana kita ada pelbagai kaum dan bangsa di dalam group komuniti ini.
Semoga semua usaha penyatuan yg ingin dilakukan oleh pihak PEDUA akan mendapat sambutan dari penduduk sekalian.
Terima kasih.
PEDUA
